Thursday, December 1, 2011

Sejarah nama Jarola....

 Rumah tempat kelahiranku


Sejarah wujudnya nama blog Jarola ini adalah dari JAlan ROmpin LAma iaitu tempat kelahiranku 36 tahun yang lepas pada tanggal 8 April 1975.Jarola terletak di daerah Pekan,Pahang di mana dulu-dulu jalan ini dapat diteruskan ke daerah Rompin tetapi sekarang tidak lagi kerana dah tumbuh hutan belukar.Jarola glemer dengan adanya Balai Bomba Pekan dan 2 sekolah bertaraf legend iaitu Sekolah Kebangsaan Ahmad untuk pelajar sekolah rendah dan Sekolah Menengah Ahmad untuk pelajar sekolah menengah.Lambang kedua-dua sekolah ini hampir-hampir sama kerana kedudukannya bersebelahan sahaja.Kebanyakan pelajar SK Ahmad akan meneruskan pembelajaran di SM Ahmad kecuali berjaya menempatkan diri ke sekolah berasrama penuh.

Do you like this post? Please link back to this article by copying one of the codes below.

URL: HTML link code: BB (forum) link code:

No comments: