There was an error in this gadget

Tuesday, December 13, 2011

Alhamdulillah!! Akhirnya dapat juga berita gembira...

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mendapat emel bermula "Congratulations blablabla....." akhirnya hari ini dapat juga 1 emel yang begitu menggembirakan aku.
Hadiah ini saya dapat sempena peraduan 5 Gum Mystery Hunt di Facebook yang dianjurkan oleh 5 Gum Malaysia pada 9 September hingga 20 Oktober lepas.
Aku berjaya mendapat menjadi orang ke 5 tiba di check point ke 11.
Harap-harap dapat ler iPod Nano.Warna apapun tak kisah.Ingat nak jual jek sebab aku bukan pandai pakai iPod nih & moga2 menjadi titik tolak untuk menang produk Apple yang lain seperti iPhone dan iPad....Aminn....

Thursday, December 8, 2011

4 permata hatiku

Moh berkenalan dengan 4 permata hati yang menyinari hidupku selama hampir 10 tahun.Ibu permata tak payah ceritalah yek sebab dia terpahat kukuh dalam hati ini sehingga ke akhir hayatku....cehwahhhh.....:) Yang sulong dinamakan Haziq Zarif dilahirkan secara normal pada 30 Ogos 2002 di Hospital Pakar Kuantan,Pahang.Sekarang berusia 9 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ahmad,Pekan,Pahang.Yang nombor 2 diberi nama Hazim Zafri dilahirkan secara pembedahan Caesarean pada 14 Oktober 2003 di Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan,Pahang.Sekarang berusia 8 tahun dan juga bersekolah Sekolah Kebangsaan Ahmad,Pekan,Pahang.Yang nombor 3 dinamakan pula Hadif Zahin dilahirkan juga secara pembedahan Caesarean pada 18 Julai 2007 di Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan,Pahang dan sekarang berusia 5 tahun.Tahun 2012 akan memasuki prasekolah Sekolah Kebangsaan Ahmad,Pekan,Pahang.Dan yang terakhir Hasya Zuyyin dilahirkan juga melalui pembedahan Caesarean pada 14 Mac 2011 di Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan,Pahang.Sesatunya "bunga" di dalam keluargaku dan diharap akan berkembang mekar hendaknya.

Sunday, December 4, 2011

Dapat juga Hasya Zuyyin berendoi....

Semalam bertarikh 3 Disember 2011 mencatatkan sejarah tersendiri buat Hasya Zuyyin binti Ahmad Zamani apabila buat pertama kalinya dia didodoikan diendoikan.Mula-mula happy saja muka dia dalam bakul endoi tu tapi lama-lama dia rimas kot dan mula menangis.Papanya sempat ler mensnap 4 foto untuk tatapan semua.Buat sesiapa yang tidak tahu apa maksud berendoi tu ini saya copy paste dari pokcik wiki yang baik hati lagi pemurah.(jangan lupa bagi derma seikhlas hati untuk pakcik wiki yek....)
Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa. Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an, dan kini juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari. Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah. Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.
credit to Pakcik Wiki

Friday, December 2, 2011

RM1,000,000 MONEY DROP

As salam & salam sejahtera, Pernah dengar nama gameshow RM1,000,000 MONEY DROP?Rancangan gameshow terbaru ini akan bersiaran di Astro Ria channel 104 pada 3/12/2011 ini jam 10 malam.RM1,000,000 Money Drop merupakan sebuah rancangan permainan di mana peserta diberikan RM1,000,000 dan perlu menjawab lapan pilihan soalan. Peserta akan diberikan 60 saat untuk melaburkan wang yang mereka miliki di petak jawapan yang betul.Jom saksikan beramai2 malam esok & doakan gameshow ini akan bertahan lama di bumi bertuah Malaysia ini.Kalau berminat bermain versi online bolehlah mencubanya nanti.

Thursday, December 1, 2011

Sejarah nama Jarola....

 Rumah tempat kelahiranku


Sejarah wujudnya nama blog Jarola ini adalah dari JAlan ROmpin LAma iaitu tempat kelahiranku 36 tahun yang lepas pada tanggal 8 April 1975.Jarola terletak di daerah Pekan,Pahang di mana dulu-dulu jalan ini dapat diteruskan ke daerah Rompin tetapi sekarang tidak lagi kerana dah tumbuh hutan belukar.Jarola glemer dengan adanya Balai Bomba Pekan dan 2 sekolah bertaraf legend iaitu Sekolah Kebangsaan Ahmad untuk pelajar sekolah rendah dan Sekolah Menengah Ahmad untuk pelajar sekolah menengah.Lambang kedua-dua sekolah ini hampir-hampir sama kerana kedudukannya bersebelahan sahaja.Kebanyakan pelajar SK Ahmad akan meneruskan pembelajaran di SM Ahmad kecuali berjaya menempatkan diri ke sekolah berasrama penuh.

Wednesday, November 30, 2011

Giler lama x hapdet blog nih.....:(

as salam & salam sejahtera to all....

memang lama sunggoh aku tidak berblog....apa nak hapdet pon tak tau....citer psl puteri kesayangan ler...dh nak masuk 9 bulan si Hasya Zuyyin nih....mmg penyeri keluarga aku ler "bunga" sekuntum nih....paling aku bersyukur dia jadi cucu kesayangan atuk & aki.....cucu last ler katakan....:) alhamdulillah segala puji kpd Allah kerana mengurniakan "hadiah" paling berharga untukku.....