Wednesday, March 14, 2012

Hasya Zuyyin genap 1 tahun...

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan "hadiah" kepadaku yang tiada tolok bandingnya pada 14/3/2011.Hari ini genap setahun "hadiah" itu dan sekali lagi syukur alhamdulillah kerana dia adalah penghibur keluargaku ini.Semoga makhluk Allah yang bernama Hasya Zuyyin ini akan terus memberi keceriaan kepada seisi keluargaku ini seperti makna namanya KESEMPURNAAN DAN DIJADIKAN INDAH.




Hasya Zuyyin newborn
Hasya Zuyyin 6 days


Hasya Zuyyin 38 days

Hasya Zuyyin botak

Hasya Zuyyin 6 bulan




Hasya Zuyyin 9 bulan



Hasya Zuyyin 1 tahun







Saturday, March 10, 2012

Moga2 rezeki bulan Mac berterusan....aminn

Syukur alhamdulillah kepada Allah yang memberi rezeki kepada hambanya.

Sedang menunggu ketibaan ZTE Blade dari contest Twitter ZTE Malaysia setelah dapat direct message minta details dari ZTE Malaysia.Sekarang contest ni dah masuk minggu ke 4 dan bolehlah nak join di Twitter ZTE Malaysia.



Berita baik ke 2 diterima pada 8 Mac apabila senarai pemenang contest movie The Viral Factor yang dianjurkan di website Astro pada bulan Januari hari itu akhirnya keluar dan alhamdulillah dapat 4th prize dengan hadiah Sharp PCI Air Purifier.Rugi tak join contest Astro ni kalau kita jadi pelanggan diorang....:)Kalau nak join contest Astro bolelah melawat website diorang di SINI.

 Dan yang ke 3 dapat dapat hadiah misteri dari contest FB Exabytes.Tak tau lagik apa adiahnya just tunggu dan lihat sahaja.Kalau nak join bolelah melawat FB Exabytes di SINI

Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki kepadaku dan seluruh umat manusia di atas mukabumi ini....aminn