Monday, July 15, 2019

Ada blog rupanya aku......

Berhabuk teruk blog aku ni. Sudah 7 tahun tak berupdate. Kena update nanti ni. Banyak kenangan pahit manis 6 bulan pertama tahun 2019 ini. Rezeki kemenangan terbesar dalam bercontest berjaya diperolehi. Alhamdulillah.


Wednesday, October 31, 2012

Alhamdulillah rezeki dari Allah....

Setelah sekian lama tak mengupdate blog nih akhirnya rajin juga jari-jemari runcing aku nih nak menitip dalan belog yg dh berhabok nih.Tak ada yang menarik untuk diupdate cuma aku sekarang nih tgh berehat2 kat umah selepas menjalani pembedahan ACL recon di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan pada 8 Oktober 2012.Selepas discharge dari hospital pada 17 Oktober 2012 dan semalam 31 Oktober 2012 adalah temujanji pertama untuk check up.Tengah2 menunggu nombor giliran untuk berjumpa doktor tiba2 masuk 1 panggilan daripada "Private Number".Aku memang cuak kalau panggilan dari "Private Number" ni sebab selalu sangat panggilan yang ingin dielakkan dari nombor nih.Namun kali ini panggilan yang sungguh mengujakan.Aku menang iPhone5 dari contest yang dianjurkan oleh Ebay Malaysia.Terima kasih banyak2 Ebay Malaysia.Tak sia2 aku setia bersama Ebay selama ini.....:)



Tak pernah berpengalaman menggunakan iPhone sebelum ini jadinya berfikir2 juga adakah perlu untuk menggunakannya atau jual sahaja kepada siapa yang lebih memerlukan.Nak pakai iPhone5 ni kena tukar ke Nano Simkad pula.






Apa2 pon perkara paling utama adalah kena pergi ambik iPhone5 nih kat Ebay Malaysia punye opis kat Bandar Utama.




Wednesday, March 14, 2012

Hasya Zuyyin genap 1 tahun...

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan "hadiah" kepadaku yang tiada tolok bandingnya pada 14/3/2011.Hari ini genap setahun "hadiah" itu dan sekali lagi syukur alhamdulillah kerana dia adalah penghibur keluargaku ini.Semoga makhluk Allah yang bernama Hasya Zuyyin ini akan terus memberi keceriaan kepada seisi keluargaku ini seperti makna namanya KESEMPURNAAN DAN DIJADIKAN INDAH.




Hasya Zuyyin newborn
Hasya Zuyyin 6 days


Hasya Zuyyin 38 days

Hasya Zuyyin botak

Hasya Zuyyin 6 bulan




Hasya Zuyyin 9 bulan



Hasya Zuyyin 1 tahun







Saturday, March 10, 2012

Moga2 rezeki bulan Mac berterusan....aminn

Syukur alhamdulillah kepada Allah yang memberi rezeki kepada hambanya.

Sedang menunggu ketibaan ZTE Blade dari contest Twitter ZTE Malaysia setelah dapat direct message minta details dari ZTE Malaysia.Sekarang contest ni dah masuk minggu ke 4 dan bolehlah nak join di Twitter ZTE Malaysia.



Berita baik ke 2 diterima pada 8 Mac apabila senarai pemenang contest movie The Viral Factor yang dianjurkan di website Astro pada bulan Januari hari itu akhirnya keluar dan alhamdulillah dapat 4th prize dengan hadiah Sharp PCI Air Purifier.Rugi tak join contest Astro ni kalau kita jadi pelanggan diorang....:)Kalau nak join contest Astro bolelah melawat website diorang di SINI.

 Dan yang ke 3 dapat dapat hadiah misteri dari contest FB Exabytes.Tak tau lagik apa adiahnya just tunggu dan lihat sahaja.Kalau nak join bolelah melawat FB Exabytes di SINI

Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki kepadaku dan seluruh umat manusia di atas mukabumi ini....aminn

Tuesday, February 21, 2012

Akhirnya dapat jugak merasa pakai Android nanti....:)

Setelah sekian lama tak dok entri akhirnya rajin pulok tangan nih nak menukilkan 1 entri tengah malam2 buta hari Selasa pada 21 Februari 2012 bersamaan 29 Rabiul Awal 1433H.

Memang seumur hidup ini tak pernah aku pakai telefon canggih-manggih smartphone android bagai nih tapi semalam dapat berita gembira buat pertama kalinya menang contest kat Twitter anjuran ZTE Malaysia dan hadiahnya adalah henpon ZTE Blade.Alhamdulillah rezeki besar pertama tahun 2012 Masehi & 1433H ni.Moga2 ada lagi rezeki yang lebih besar lagik insyaAllah.





Walaupun adalah timbul suara sumbang yang tak puas hati sebab aku tweet sekali jek & menang tapi dia tweet beribu2 kali tapi tak menang.Kalau dah Allah dah tetapkan memang rezeki kita memang takkan ke mana punya cuma perlu usaha,doa dan tawakal....:)

Tak pernah pakai lagi henpon jenama ZTE ni so tak boleh nak komen apa2 lagik.Menunggu penuh sabar ketibaan ZTE Blade ni.Kalau tgk dari gambar dan spesifikasinya menepati citarasa aku yang bukan Mat Gajet nih...:) Ada sapa2 pakai henpon ni tak?





Thursday, January 12, 2012

Pekan-KL-Pekan journey on 12/1/2012.....

Lama tak hapdet so ari nih hapdet ler sikit.Siang tadi ada kerja kat MITI KL so pegilah ke KL walaupun hujan mencurah2 turun di bumi Pekan yang indah permai ini.Bertolak dari kilang Isuzu-Hicom Pekan pada pukul 9.45am dan berhenti breakfast nasi lemak di Restoran Zaman Jalan Gambang,Kuantan.Hujan memang turun mencurah2 tapi sebab perut dah terlalu lapar so redah jugak hujan untuk mengisi perut yang dah start berbunyi.Dipendekkan cerita yang agak panjang akhirnya selamat tiba di KL pada pukul 1 tengahari so lunch dulu di Taman Melati makan ayam kampung goreng.Pegi MITI Jalan Duta pukul 2.20pm dan bertolak balik ke Pekan selepas dah setel kerja.Sempat singgah di pejabat Edymart di Batu Caves beli barang keperluan sikit.
Coklat Coral Delight

Mee Sanggul Mutiara

Tepung Goreng Cendawan

Dalam pukul 3.30pm bertolak balik ke Pekan,berhenti rehat di R&R Temerloh dan alhamdulillah selamat sampai di Pekan pukul 7.15pm.Biasanya kalau drive jauh2 mulalah my lutut buat hal tapi alhamdulillah kali ini tak rasa sengal2 pulak.Maybe sebab mengamalkan pengambilan Ariffbillah Habbatus Sauda.Walaupun masih baru lagi pengambilannya tapi terasa kesannya.Banyak manafaat pengambilan AHS nih antaranya pemulihan tenaga. badan menjadi sihat, akal semakin kuat dan banyak lagi.Kalau nak tahu lebih lanjut bolelah klik di sini Ariffbillah Habbatus Sauda.


Sunday, January 1, 2012

Cuti-Cuti Malaysia 2011



Setelah sekian lama tak ada entry untuk blog akhirnya hari ini berjaya juga aku update blog yang dah makin berhabuk ini.Kali ini nak bercerita tentang Cuti2 Malaysia keluarga Encik Ahmad Zamani bermula dari 22hb Disember 2011 hingga ke 25hb Disember 2011.


Dimulakan dengan percutian ke Cameron Highlands pada 22hb Disember 2011.Ini adalah 1st experience buat my princess Hasya Zuyyin ke Tanah Tinggi Cameron ni.Alhamdulillah dia tak meragam sangat masa di sana.Yang lain dah 3 kali pegi Cameron Highlands ni sebab my big brother ada mengusahakan ladang strawberi dan homestay di sana.Kalau ada yang berminat untuk ke sana dan memerlukan homestay bolehlah contact my big brother di sana atau memberitahu saya.....:)

Nantikan entri seterusnya untuk Putrajaya & Genting Highlands trip pulak yek.....:)

Di rumah my big brother di Tanah Rata

Berlatarbelakangkan kebun strawberi YZ Strawberry Farm & Cafe

Hasya Zuyyin dengan baju sejuk barunya

Menikmati sarapan pagi di YZ Strawberry Farm & Cafe

Entrance YZ Strawberry Farm & Cafe
Nasi lemak & kopi strawberi
Homestay with 3 large bedroom,2 bathroom & very big living hall